Tue. Oct 26th, 2021

Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional

Berzina dengan suami orang

Entah bagaimana, satu hari sampai mesej dalam email saya, ada seorang hamba Allah ni, setelah banyak kali berzina dengan suami orang, kini ingin kembali ke pangkal jalan. Ditakdirkan Allah, saya telah dipilih untuk menjadi penasihatnya.

Seperti biasa apabila ia melibatkan wanita, saya tak berani buat tanpa kehadiran isteri. Tapi kali ini, saya sendiri tak berani untuk berhadapan dengan wanita tersebut .. RISAU. Maka disusun satu pertemuan di satu pasaraya antara beliau dan isteri saya. Saya hanya berdoa agar Allah swt memudahkan isteri untuk menjalankan amanahnya.

Teknik “Suspend Judgement” …. amat diperlukan dalam menangani isu seumpama ini. Di depan kita itu bukan ahli neraka … tetapi bakal menjadi ahli Syurga Insya Allah. Ahli maksiat yang ingin kembali ke pangkal jalan adalah lebih mulia dari ahli ibadah yang ujub dan takabbur dengan amalannya. Perbualan berkisar mendalami latarbelakang wanita tersebut sehingga beliau sendiri menceritakan bagaimana mulanya dia berzina dengan suami orang.

Wanita ini mempunyai seorang ibu yang agak sibuk mencari rezeki membuat kuih dan sebagainya. Dia tidak mendapat belaian kasih sayang dari sesiapa maka cuba mencari kasih sayang dari suami orang. Perkara ini menjadi lebih mudah dengan adanya “latihan” dari seorang jejaka. Mudah sahaja operasinya … apabila isteri sesaorang suami tu outstation, suaminya itu akan mengangkat telefon mengajak beliau ke rumah untuk mengisi “kekosongan” Rasanya lebih dari 10 suami orang telah menjadi “pelanggan” nya.

Tapi kini wanita ini rasa bersalah dan kesunyian. Dia rasa ada sesuatu tidak kena dengan kehidupannya. Isteri saya lantas memberi sedikit panduan dan nasihat semampu beliau.

Keesokan harinya saya mesej pada wanita tersebut bertanyakan perkembangannya. Dia mengaku dah mula bersembahyang 5 kali sehari. Alhamdulillah. Moga Allah memberikan beliau hidayah dan mengampunkan segala dosanya yang lepas.