Fri. Sep 24th, 2021

Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional

Laporan Bengkel Penulisan Teknik Adaptasi

Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi telah berlangsung Bengkel Penulisan Teknik Adaptasi anjuran bersama Penawan & Wanita Ikram Pusat. Seramai lebih 80 kehadiran diterima.Pelbagai input dan tips berguna dari jurulatih Dr. Umi Kalthum Ngah dikongsi dan diambil nota oleh peserta. Antara yang dikongsi ialah bagaimana mengenal cara penulisan salah berunsur plagiarisme, dan teknik penulisan adaptasi yang betul dan berintegriti. Contoh-contoh karya adaptasi sedia ada turut dikongsikan dan dibincangkan bersama.Dua aktiviti secara individu dan berkumpulan juga dapat dijalankan dengan jaya.Semua peserta sangat teruja dan bersemangat berkongsi ide, hasil karya yang ditulis dalam masa 5 minit, dan juga proaktif bertanyakan pelbagai soalan kepada jurulatih.Semoga ilmu dan perkongsian yang diperoleh hari ini memberi manfaat dan menjadi batu loncatan untuk para peserta meneruskan semangat dan usaha menulis demi manfaat ummah sejagat