Mon. Oct 26th, 2020

Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional

Mesyuarat Agung PENAWAN kali ke-1

Mesyuarat agung pertama PenaWan telah berlangsung dengan lancar dan sempurna bertempat di Al-Amin Oasis Training Centre, Melawati, pada Sabtu 15 Februari, bermula pada 9.00 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari dengan bilangan kehadiran seramai 21 orang.

 

Jutaan terima kasih kepada Ketua Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia, Puan Ustazah Sallawahiu Salleh kerana turut dapat hadir memberi sepatah dua kata membangkitkan semangat bagi meneruskan kerja-kerja memberi kesedaran dalam kalangan masyarakat.

 

Kata-kata hikmat ini turut dikongsikan Ustazah Sallawahiu bagi dijadikan bahan renungan.

 

كن كتابا بلا عنوان ولا تكن عنوان بلا كتاب

”Kun Kitaaban bi Laa ‘Unwaanin, wa Laa Takun ‘Unwaanan bi Laa Kitaabin”

 

“Jadilah Kitab Walau Tak Berjudul. Jangan Menjadi Judul Tanpa Kitab”.

 

AJK PenaWan 2020-2022 yang telah terpilih ialah:-

 

Pengerusi : Puan Ir Endok Sempo Mohd Tahir

Timbalan Pengerusi: Puan Siti Hamisah Manan

Setiausaha : Cik Nik Khatijah Nik Mud

Bendahari : Puan Nik Aishah Nik Hitam

Penolong Setiausaha : Puan Ezatul Emilia Mohd Arif

AJK 1 : Dr Umi Kalthum Ngah

AJK 2 : Dr Hishamuddin Alham

AJK 3 : Puan Sazira Abdul Aziz

AJK 4 : Dr Musyirah Hanan Zulkarnain

AJK 5 : En Mohammad Fathy bin Abd. Hamid

 

Turut dilantik ialah:-

 

1. Penasihat Penawan; Puan Yasmin Khalil

2. Pengerusi tetap; Puan Noriza Mohamed Nasir

3. Timbalan pengerusi tetap; Puan Wan Fauziah Wan Kadir

4. Pemeriksa kira kira 1: Cik Wan Mariam Wan Zulkifli

5. Pemeriksa kira kira 2: Puan Wan Afrah Wan Ahmad Nizar

 

Mesyuarat agung PenaWan kali pertama ini telah turut diwarnai kehadiran ahli-ahli PenaWan lelaki seperti Tuan Haji Mohamad Esa, Tuan Ir. Haji Mohamad Sofian bin Ahmad yang turut menjalankan peranan dan tugas sebagai pengerusi sesi pemilihan. Tuan Zabidi Mohamed, penulis skrip filem dan telefilem mesra syariah juga turut menyerikan majlis mesyuarat ini bersama isterinya Puan Asmah Jendul. Beliau sudi berkongsi sedikit pandangan daripada pengalamannya menghasilkan skrip drama dan telefilem (Aku Bukan Haji, Makbul antara yang memenangi anugerah skrip drama).

 

Sebagai penutup, Pengerusi PenaWan Ir. Hajah Endok Sempo Tahir menyuarakan hasrat dan cita-cita supaya ahli PenaWan dapat sama-sama berganding bahu memainkan peranan, menyemarakkan bidang penulisan dalam mengenengahkan khususnya isu-isu wanita dalam masyarakat

 

 

PenaWan juga mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada semua yang dapat hadir bagi menjayakan mesyuarat agung kali pertama ini.