Mon. Nov 23rd, 2020

Pertubuhan Penulis Isu-Isu Wanita Nasional

Wanita-Wanita Mulia

Penulis: Nik Aishah Nik Hitam

Gadisku
Percayalah
Bahagia itu ada
Kau tunggu
Mungkin hingga umurmu 40 tahun
Aku percaya gadisku,
Kau bakal…, menjadi…, dirimu…,
Yang terunik
Terbentuk tercantik
Dari segala yang telah kau lalui
Sebelum sampai umur itu,
Engkau pasti berjumpa saat
Bahawa inilah engkau yang dibentuk oleh-Nya
Yang terbaik
Yang termulia

Ibuku
Setakatmu.
Berhenti hanya setakatmu
Kalau mungkin kau tersilap
Tidak apa-apa
Kau pastikan lagi
Hanya berhenti setakatmu
Segala cederamu
Kau balut
Segala aib
Kau alirkan ia ke tempat lain
Biar yang anak-anakmu dapat
Hanyalah yang paling sihat
paling terhormat yang engkau dapat beri
Moga hanya setakat mu
Segala kenistaan
Kau pasti boleh!
Kerana kau ibu
Mulia.

Nik Aishah Nik Hitam
PenaWan 2019